Burps & Giggles @ Ipoh

Assalamualaykum & hie!


Haa, ni aku nak share satu lagi cafe yang sangat artistic & quirky dekat Ipoh iaitu 'Burps & Giggles', dalam erti kata lain yg bermaksud, 'Sendawa dan Ketawa'. Sebenarnya, dah lama dah aku pergi sini tapi baru harini aku dapat kongsi kan dekat blog. Sebelum memori ingatan aku ini makin pudar sebab perlu diisi dengan perkara yang lebih penting, tak salah kan aku nak share dekat blog biar pun entry ini dah basi. Haha! Burps & Giggles Cafe ni sangat sesuai untuk korang yang suka ambil gambar, instagrammer atau sesiapa sahaja yg suka kan seni. Dalam cafe ni banyak sangat unsur-unsur seni yang pasti buat korang impress! Dan, yang paling best dekat sini banyak guna barang recycle je & if you love murals, more Marilyn Monroe murals can be found in and out around here! :)








Kalau kita tengok memang banyak sangat pilihan tempat duduk & meja. 
Boleh pilih ikut keselesaan memasing.



Basikal buruk pun boleh jadi seni hiasan. Ni dekat tingkat atas. Masa dekat atas ni ada satu meja ni dan ada tangga yg boleh duduk lepak jugak. Haha Mungkin sesuai untuk sesiapa yg lebih mahukan privacy.



Ni gambar meja bahagian atas tadi.






Sebenarnya masa aku datang sini, aku belum ada lagi akaun instagram (ig: nfatinsya_), handphone pun pakai model biasa-biasa je. Sebab tu kualiti gambar pun kurang menarik sikit. Ahaks! :P Tapi sebab ada lah juga beberapa keping gambar yang aku ambil dalam simpanan, why not aku share je dekat sini. Masa ni pun trending 'cafe hipster' baru nak up tak silap aku. Then lepastu baru aku terhegeh-hegeh buat akaun instagram. Haha!






Ni tempat yg kami pilih. Agak tersorok sikit dari orang lain. Boleh lah sembang puas-puas & giggles puas-puas! :p



Menu yang kami order :)



Ice cream crepe


*tips: For muslims, sini pork free je tau NOT means halalan toyyiban ye! So pandai-pandai lah :)











Ni pula dekat bahagian luar. Kalau rasa nak duduk santai-santai & angin sepoi-sepoi bahasa, boleh lah pilih duduk sini. 








Okay, ini jelah sedikit info yg aku dapat kongsi kan. Hope you will have your time for Burps & Giggles too! :) So, I really hope this post will help you a little bit more about some cafes in Ipoh. Thank you for reading! :)


Address: 93 & 95 Jalan Sultan Yussuf, 30000 Ipoh Perak, Malaysia




No comments: