Andai saya mampu 'bingkai' kan.


Andai kata saya pemilik kedai foto,
dah lama saya bingkaikan semua kenangan silam.
Saya decorate bingkai tu cantek cantek,
Saya hias dengan kilauan manik manik.
Saya tak kan label bingkai tu 'If broken,u must buy it' .
sebab tak ada sape mampu beli kenangan saya cipta.
dan saya yakin kenangan tu selamat dalam bingkai tu.

Angan angan tetap angan.Tak mampu nak laksanakan.
Kalau wujud semua mitos yang saya kata,
Mungkin tak ada sejarah hitam yang saya rekod dalam kamus hidup.
Nak padam,saya tak ada 'eraser'.
Nak 'liquid',saya tak mampu beli.Saya pinjam.
Cuba dan cuba.Akhirnya kertas jadi nipis dan hancur.
Macam mana hancur hati saya.Sebegitulah rupanya.

Kalau orang cakap,
Nak lihat pelangi,mesti lalui hujan.
Tapi masa hujan,payung saya koyak.
Saya lari ,lindung dalam rumah.
Rugi.Saya tak sempat lihat pelangi.
Tetapi sang matahari terus tersenyum dan bersinar.
tanda mulakan hari dengan nafas baru.

Saya kembali tersenyum.
Awan kasi kilat yang terus memancar.
Matahari kasi panas yang membahang.
Langit kasi hujan yang berderai.
Manusia tak beri apa apa.
Selain menerima segala kehendakNya.

Andai saya mampu bingkaikan.
Saya jadikannya kenangan abadi.SELAMANYA.


KALAU SUKA, KLIK LIKE.

20 comments:

Cik Fatin said...

..s0 sweet =]

..like3 !!

~uǝǝʇɐɟ said...

thanks sOl..Nak saya bingkaikan? andai saya mampu~

myracupcake said...

i likee :)

~uǝǝʇɐɟ said...

mekasih myraa =]

bonaFIDE said...

creative nye anda!
suke bace..=]

D I N A S O R ! ! said...

nice...teringat sum1 bla bca nii...sedeeeh..huhu

Anonymous said...

kenangan... jika pecah sekali pun.. tiada siapa yng mampu mengembalikan kenangan itu.. huhuhu.. tesentuh lah... :(... -sya_syi- www.pristina94.blogspot.com

~uǝǝʇɐɟ said...

miss anom: thanks anom..mari kte kongsikan bersama =]

~uǝǝʇɐɟ said...

durrani: wah awak..hehe..kadang-kadang apa yang saya tulis,idea tu tak datang terus tapi lahir dari diri sendiri.saya rasa semua tu sebab tu saya dapat sampaikan dengan baek ;)

~uǝǝʇɐɟ said...

sya_syi: ye..itulah saya cuba maksudkan .thanks komen =D

hologramisfera said...

Bulan sorok matahari bila malam
saya juga fikir kamu kekal dengan saya rupanya hanya satu malam.

~uǝǝʇɐɟ said...

pipi muncet: tapi 'dia' kekal.esok dan esok akan kembali.dia pergi sementara saja =]

Hafiz Yusof said...

hebat juga kamu dalam membentuk ayat

~uǝǝʇɐɟ said...

hehehe..terima kasih =]

Nurul Farhana said...

makin lama kenangan yg disimpan makin hilang...pudar... kdg² terlupa... =[

Anonymous said...

bingkaikan dalam blog mcm aku buat
kang terlupa lak. haha



Latest: Kantoi Aku Meminati Seseorang - PART I, PART II

~uǝǝʇɐɟ said...

nurul farhana: hmm..itu kenangan yang xperlu dibingkaikan sebab sesuatu kenangan yg bermakna,kte tak kan pernah lupa =]

~uǝǝʇɐɟ said...

kapten: haha.gud idea =)

ninakufikmaa said...

i love it... akan ku pahat kenangan kita berdua. berbingkaikan intan berlian disaluti emas permata. sesungguhnye kenangan kita sungguh berharga bahkan lebih berharga dri mutiara dilautan dalam... =D

~uǝǝʇɐɟ said...

acecewahhh sastera jugak. okey tenkiuuu (: