Malam yang pudar.

Bertemankan bulan bintang
ku lihat sawah di kotak tingkap
dari jauh kelihatan tenang sekali..........
bicara tersirat mengawal segala
permainan hati ini perlu ditamatkan

ya..sekali lagi
titis permata tanpa henti
aku tak mampu halang
tarik selimut sembunyi segala

aku pernah janji pada hati
tak kan mudah serah lagi
maaf.
mungkin lepas ni
aku tak kan seperti hari tu
jangan kau cari kalau itu kau mahu
janji ditamatkan.
radio terhenti
tiada lagi lagu mainan jiwa
tiada lagi samarinda pujaan
lenyap hero aku kagumi

buat sekian lama...
aku gadis hebat.
tidak hanya bersembunyi.
tetapi berani.


KALAU SUKA, KLIK LIKE.

No comments: