Kawan MUKA BUKU: 3rd meet d'Seoul Garden, Ipoh :D

Assalamualaikum w.b.t :)

Annyeonghaseyo ! Cewah, tetibe nak fefeeling korean gittew :D

Hampir sebulan dah weols plan nak set date untuk pertemuan Kembar MukaBuku buat kali ketiga. Kali kedua kami jumpa d'Johnny's Restaurant sebelum aku sambung degree. Tapi disebabkan masing-masing busy dengan assignment, si Qyla busy dengan drawing, model & projek beliau sebagai student Archi, so weols meets up for 3rd times, semalam (Jumaat, 09/11/2012) memandang kan aku pun tengah midsem break. *yeay ! Dengan harapan pertemuan kali ni dipermudahkan dan penuh barakah sebab kami jumpa after Solat Jumaat. Bhahaha, Curlas gituh.


Me & Qyla :)


Harini aku akan bawak korang ke suatu tempat makan dimana korang boleh nak fefeeling korean gittew dan menggunakan style buffet ,"All-U-Can-Eat" which is D'Seoul Garden Ipoh. Sebelum ni Seoul Garden hanya dibuka cawangan di Johor, Melaka, Penang dan KL, but now dah ada dekat Ipoh. *Yeay ! Seoul Garden dibuka di Jusco Kinta City Ipoh pada hari Ahad lepas (04/11/2012), kira masa kami pergi ni tak sampai seminggu lagi dirasmikan. Actually aku pun baru je tahu Jusco Kinta City Ipoh dah ada Seoul Garden sehari sebelum nak pergi sebab ada kawan aku tanya. Jadi weols pun macam tak sure sangat sebab hencek Google pun lansung tidak membantu. Memandangkan dah memang plan nak keluar pergi Jusco, dan mungkin dah memang tertulis rezeki aku makan dekat Seoul Garden semalam ,Wahaha, jadi plan harus diteruskan dengan jitunya. Wah, ayattt. Nasib baik jumpa, kalau tak jumpa, restoran mamak lah Seoul Garden ,engkau. >.<


Bab-bab makan ni ,aku chillax je. Sebab aku bukan lah seorang yg jenis kuat makan, melahap, melantak atau sebagainya. Tambah-tambah lagi, aku ni juga bukan lah seorang peminat Korean yg tegar. Tapi disebabkan keterujaan yg melampau, aku tidak peduli semua itu.  Apedehal nak makan dekat Seoul Garden sebab korea pulak ni ? Ah, apa kaitan semua tu. -.-'




Seoul Garden. Buffet area.



Kira masa sampai, uols diminta pilih salah satu jenis sup yg disediakan. Semalam kami try Kimchi sup Hot dan rating yg aku boleh bagi, 4/5 sebab sedap dan terasa kepedasan nya !Kimchi adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis asinan sayur hasil fermentasi yang diberi bumbu pedas. Sayuran yang paling umum dibuat kimchi adalah kubis, sawi putih, ketimun dan lobak. Mula-II aku main bedal je pilih memandangkan nama-nama sup semua nya pelik kecuali Tomyam. Then, masa makan qyla yang khobar kat den Kimchi ni sebenarnya kubis jeruk, den tahu tolan je janji sodap. >.<


Kimchi Sup Hot



Untuk peminat steambot atau makan ala-ala barbeque, aku syor kan makan dekat Seoul Garden. Dekat sini kita boleh makan pelbagai jenis makanan termasuk lah makanan bergoreng, steambot dan jenis bakar/panggang. Disini juga korang dididik untuk menjadi lebih berdikari sebab semuanya engkau kena masak sendiri, kena grill sendiri. Kekekeke. Ikutkan aku tak minat sangat makan steambot/grill ni tapi disebabkan dekat sana kita boleh makan makanan yg panas-panas, jadi selera aku naik secara mendadak. Bhahaha -.-'




Dekat sini korang tak perlu nak gopoh gapah sangat masa makan. Steady sudah sebab kita bebas memilih nak makan apa sahaja dan bebas nak makan /lepak sampai pukul berapa sekali pun. Dan tolong tinggal kan sikap tamak halabau engkau tu sebelum perut rasa nak pecah. Sebab masa aku makan semalam, aku nampak seorang lelaki ni kelam kabut ambil itu ini, setiap 10 minit, mesti aku nampak dia bangun ambil makanan lagi. Mulut comot pun dia dah tak peduli siap jalan nak langgar haku. Harap rupa je hensem tapi gelojoh tau you ni. -.-"




For steambot. Sebenarnya aku tak makan sangat semua seafood yg aku ambil ni. Tapi ini semua duit punya pasal, perut aku terus tak demand lansung. *krik krik*



Makanan bergoreng. 

Aku syor kan dekat korang ,tak perlu ambil nasi goreng. Rugi kalau ambil, nanti your stomach akan cepat full. Jadi buat-buat tak nampak je dekat makanan berat-berat ni. Beri tumpuan kpd makanan grill/steambot sahajo. Hehe ^^"



Muka eksaited kekenyangan.



Berjam-jam jugak lah weols duduk santai dalam Seoul Garden tu. Cewah, santai gituh. >.< 


Tengah grill. Nyummy! :D

Part ni korang perlu mahir dalam menggunakan chopstick. Sebab nak grill semua tu kena pakai chopstick. Prektis make perfek ,gituh ! Bagi sesiapa yg kurang mahir makan pakai chopstick macam aku ni, kena buat-buat terror dan tunjuk kan muka sehabis confident. Yakin anda mampu lakukan ! Kekeke


Karnivor tengah lapar. >.<




Bersedia, mula, makan !*asap tu pakej free untuk rawatan muka sekali :p





Si Qyla ni memang cekap makan pakai chopstick. Jeles iols. Masak telur dekat rumah pun pakai chopstick, no wonder lah. Bhahaha



Selain itu, kita juga bebas memilih minuman, sama ada mahu minuman jenis sejuk atau pun minuman panas. Ada pelbagai jenis minuman yg disediakan termasuklah jus, tea, minuman bergas dan etc. Pilih je mana yg berkenan dekat tekak ni. Tips ! Elakkan minum minuman yg bergas/minuman bersusu (spt Milo) sebab mengenyangkan dan akan buat stomach uols tak selesa serta berkeroncong.


Green tea Honey.

Mango Juice.

Mula-mula aku ambil Green tea Honey, tapi disebab kan rasa dia agak wangi dan tak kena dekat tekak aku ni, jadi aku tukar kpd Jus mangga. Air Green tea Honey tadi qyla suruh refill dalam gelas beliau. Thank you qyla ! Thank you ! :')



Pretty, Qyla :)


Setiap kali makan haruslah ada pencuci mulut. Dekat Seoul Garden ni juga menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut seperti Aiskrim, Buah-buahan dan etc. Masa ni uols kena biarkan perut chillax dalam 5-10 minit, then baru ambil pencuci mulut sebagai penutup (Sadakallahulazim)  :)


Aiskrim durian + honeydew + vanilla oreo 

Masa ni suka hati engkau lah nak cedok berapa banyak sekali pun, berapa jenis perisa sekali pun. Food heaven gittew ! :D


Yeay balik dah !


Okay sebelum terlupa, pastikan anda membawa kad pelajar untuk mendapat tawaran harga yg lebih murah ! Dan lebih berbaloi jika anda pergi pada hari biasa berbanding hujung minggu. Sebab ? 


WEEKDAYS: Lunch--> RM23.99++ (student meal) /RM27.99++ (adult) /RM13.99++ (Child) /RM21.99++ (Age 55 & above)
                         Dinner--> RM28.99++(student meal) /RM31.99 (adult) /RM16.99++ (Child) /RM28.99++ (Age 55 & above)

WEEKEND: Lunch--> RM29.99++(student meal) /RM29.99++ (adult) /RM13.99 (Child)
                                Dinner--> RM34.99++ (adult) /RM16.99++ (Child) /RM28.99 (Age 55 & above)

See !


Tak cukup lagi makan dekat Seoul Garden tadi, weols wajib singgah Chatime. Kita BerCHATIME pula ! *yeay* Bagi aku Chatime ni adalah tempat yg paling sesuai untuk berborak dan meluangkan masa bersama sambil minum-minum. Kira macam lepak ala-ala dekat kedai kopi gituh. Awesome much much! :)

Fairy Vanilla Latte: RM5.90



Selalunya kami akan menghabiskan masa bersama dengan bergambar dan makan minum makan minum sambil berborak ! Sebelum pulang, aku sempat beli beberapa barang dalam Checklist termasuk lah purse baru dan perfume. *Yeay !


Color Accessories
Harga asal: RM100+
Harga promosi: RM49.00



Perfume Escada Odean Lounge
Harga asal: RM200+
Harga promosi: RM59.90

Bagi aku barang yg berjenama jauh lebih berkualiti dan berbaloi tetapi pastikan juga anda beli masa promosi. Kekeke! Harga Perfume Escada ni actually ada promosi hebat. Ni kira aku dapat harga promosi awal which is supposely akan ada promotion on 24th November 2012. Perfume jenama Alain Delon turut bersama akan ada promosi nanti. Jadi uols should grab the chance too! Ni original tau ! Bau nya sangat lembut dan bila pakai akan rasa sangat sangat sweet. >.< 




Semoga Allah akan terus menguatkan lagi ukhwah kami walau pertemuan hanya di Muka Buku. InsyaAllah. Thanks Allah for the pretty day ! Im so grateful, syukur walhamdulillah :')


KALAU SUKA, KLIK LIKE.


4 comments:

Semut Senyum said...

wah wah... seronok dia jalan2... makan2 ala2 jepun style... pstu shoping2 kan..

moga hubungan korang berkawan smpai syuga! aamiin... =)

Anonymous said...

salam kak.. nak tanya sikit, Seoul Garden yang dekat Ipoh tu dah certified halal ehh? sbb tadi tengok dekat website dia takde la pulak dia tulis dah certified.

Anonymous said...

Dear, seoul garden ni dekat tingkat berapa eh? Bersebelah dgn kedai apa? Nak try mkn kt cni :)

~uǝǝʇɐɟ said...

dear, actually seoul garden ni brhampiran dgn popular bookstore,blakang escalator nak naik wayang tu :)