Biar kepahitan itu pergi,agar kemanisan mengisi
Biarkan kekecewaan berlalu,agar kegembiraan mewarnai
Biar kegelisahan lenyap,jangan kita hilang semangat
Biar penderitaan itu menyapa,agar kekuatan jana semula
Ayat sekadar ayat.......
Aku amati.
Kata kata ini mereka julang
tapi hakikat,hati benak.
Biarkan lah diri ini menderita
agar aku tahu kepahitan derita ini
agar aku sedar kekecewaan ini
Tak sama bah kan secebis
Dari penderitaan Rasulullah s.a.w
Cahaya kelam pahala dosa
berupaya memilihnya
manusia menzalimi sendiri
walau kadang kala tersasar lantaran
pautan nafsu
namun peluang dariNya sentiasa ada
namun kasihNya sentiasa memayungi
diturunkan Ad-Din memperhalusi akal
tunduk sebagai hamba
berjalan sebagai khalifah
menyusur kehidupan mencari permata iman
sekali kau lepaskan tali yang aku beri
aku tak jamin
aku datang kembali
dengan seukir senyuman
maaf.
mungkin aku tak kan beri semula pada tangan kau
sebelum kita impi genggam permata,
cuba lah genggam kaca.
mungkin kita akan lebih dewasa.
KALAU SUKA, KLIK LIKE.
No comments:
Post a Comment