Menu sarapan pagi: Roti bakar+telur separuh masak.

As salam n hie :)


Harini aku rajin sikit nak update pasal resipi. Hihi. Bukan resipi sangat pun sebenarnya, tapi nak share menu breakfast yang menjadi pilihan. Kalau korang nak tahu, memang dah jadi perkara WAJIB keluarga aku akan breakfast setiap pagi. Lagipun otak atau minda kita sangat memerlukan sarapan pagi bagi meransang pemikiran.


Roti bakar + telur separuh masak. :) 




Cara nya sangat mudah. Mula-2 sediakan telur separuh masak. Caranya, rendam dulu telur dalam air panas untuk beberapa minit, jangan lama sangat sebab nanti terlajak jadi telur rebus pulak. Hehehe. Sapukan mentega/marjerin/planta atas dua keping roti untuk sedia dibakar. Hidangkan roti yang telah siap dibakar tadi atas pinggan dan pecahkan telur separuh masak tadi atas roti tersebut. Tabur sedikit lada sulah untuk penambah rasa. Siap! Selamat mencuba. :)




"Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik."





KALAU SUKA, KLIK LIKE.

2 comments:

Anonymous said...

ok lepas ni kna amek srapan pagi lah .
nak mrnsang otak (:

~uǝǝʇɐɟ said...

amik amik :)