Tips kecantikan/kesihatan untuk haters Tomato.

Hi & Assalamualaykum!


Semua orang nak cantik. Especially bahagian kulit muka, memasing nak kulit flawless ibarat guna application camera 360 gitu. Amboi catchy betul introduction dahkuu kalini. Tiheeee :D




Efek camera 360. -_____-


Semua orang tahu khasiat buah tomato terutama untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Bagi sesiapa yang kurang gemar tomato macam aku ni, banyak lagi cara lain yg kita boleh apply untuk mendapatkan khasiat tomato ni. Yaayyyy !


Tips pertama:
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yg berjerawat. Biarkan selama sejam atau pun lebih sebelum dibilas atau pun dikeringkan. Lakukan setiap hari sehingga jerawat hilang.


Tips kedua:
Hancurkan tomato bersama avokado dalam mangkuk dan sapukan rata pada kulit. Biarkan selama 20-30 minit untuk mendapatkan kesegaran pada wajah.


Tips ketiga:
Boleh juga sapukan jus tomato bersama jus timun untuk mengawal minyak dan jerawat.


Tips keempat:
Kisar tomato dan campurkan bersama dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Teknik ini mampu menyejukkan kulit yang rosak.


Tips kelima:


Tips ni mak kt yang buat kan. Senang je. Tips ni paling ringkas dan ongkos nya rendah ! :P


Lenyek-lenyek tomato dan campurkan bersama tepung. Mudah kan? Tak perlu tambah air pun sebab tomato dah cukup juicy. Untuk penggunaan tepung, boleh google tepung apa yang paling sesuai sebab kt rasa setiap tepung ada khasiat nya terutama tepung beras untuk mencerahkan kulit :)




Sekarang ni kt dah amalkan cara ni setiap malam sebelum tidur. Kulit kt rasa segar sangat sangat. Parut jerawat yg hitam tu pun dah makin hilang. Yayy ! Kalau tak habis, boleh simpan dalam freezer lepas tu rasa sejuk sangat sapu dekat kulit muka. Hehee tapi kalau boleh fresh fresh punya lagi bagus supaya khasiat nya tidak berkurang. So apa tunggu lagi, boleh lah cuba malam ni ! :D






Lagi satu kt nak kongsi kan, boleh lah cuba buat jus tomato. Tetapi.. haa ada tetapi, bagi sesiapa yg tak suka tomato dan tak boleh terima rasa tomato mcm kt, boleh cuba buat jus tomato yg dicampurkan bersama carrot. Serius, tak rasa sangat buah tomato tu. Boleh juga cuba campurkan jus tomato dengan buah-buahan lain yg sesuai. Sedap dan sangat berkhasiat ! :) 





Salamualaykum ! 




KALAU SUKA, KLIK LIKE.



4 comments:

- Ma StOrY - said...

ayooo tak rasa geli ke ? hahaha.. letak tomato dekat muka ?

Mira Adzlia said...

muke sy pun byk kesan parut jrwt..boleh la nk cuba petua ni :)

~uǝǝʇɐɟ said...

Haha tak geli tapi sejuk. Syok tau ! Ehehee

~uǝǝʇɐɟ said...

Boleh cuba. Semoga bermanfaat ;)