Zaman Sekolah.


Assalamualaikum.

*Pheeeww* Tiup habuk. Tak tahu nak mulakan cerita macam mana sebab entry ni agak panjang. Okay, aku cerita slow-slow. Tarik napas dalam-dalam jangan hembus,ok! :P


Disebabkan dua minggu after raya terus daftar masuk U, jadi, bulan ramadhan ni aku hanya menghabiskan masa untuk menyiapkan segala urusan termasuk lah Medical Checkup, apply pinjaman, urusan bank & etc. Alhamdulillah, semua nya sudah pun selesai kecuali isi semua borang-borang yg sudah print & membeli-belah. -.- Semua urusan yg aku buat, 98% abah yg uruskan. Abah memang sangat baik hati & caring uols. Dah la hensem, untung kalau jadi bapak mertua uols. :P  Haritu abah tidur lambat sebab teman aku nak print semua surat & borang secara online. Nak fotostat semua sijil & maklumat peribadi pun abah yg tolong sekali.

Tengah belek-belek semua sijil tu, mula lah rasa rindu zaman sekolah. Haih. Banyak betul kenangan, satu per satu aku baca dekat sijil tu. Bab-bab kumpul sijil ni memang hobi aku. Dulu zaman tadika, aku suka kumpul trofi/medal. Orang lain semua masuk satu dua acara, aku tibai sampai 5 acara masa Hari Sukan. >.<  Kecik-II lagi dah pandai tamak. Hikhiks.



Pelajar Cemerlang Tahun Lima.


Dulu masa aku darjah1-3, selalu jugak lead dalam kelas, kumpul markah 90 ke atas je *cerita takmau ngalah :p* tapi yg sadisnya, aku selalu dapat tempat pertama atau kedua masa exam pertengahan tahun je. Sampai je exam akhir tahun, prestasi aku jatuh anak tangga tergolek-golek. Akhirnya, masa darjah lima baru lar merasa naik pentas dalam pencapaian akademik. Seriusly, aku tak pernah mintak hadiah dekat parents. Duit pun tidak sama sekali. Bukan macam budak sekarang. Siap nak holiday la, nak PS3 la, nak handphone la,iPhone lagi tu. Aku dapat barbie doll je masa tu. Yela, perempuan kan -.-'



Johan Choral Speaking karnival asrama peringkat Negeri.

Part ni tak perlu lah aku stori panjang melebau-lebau. Kenapa karnival asrama? Sebabnya aku dan kawan-kawan yg lain peserta seludup je. Hihi. Alhamdulillah, tiga tahun berturut-turut dapat kekalkan kejuaraan sekolah :)


Majlis khatam Al-Quran peringkat Negeri

Alhamdulillah nomnomnom :')



Johan Pertandingan melukis.

Dulu masa sekolah, kalau pertandingan melukis & mewarna, aku wajib involve. Setiap weekend pulak, cikgu akan hantar aku bertanding kat tempat lain. Memang banyak pengalaman masa tu. Pengalaman yg paling aku tak boleh lupa, aku dapat Johan mewarna anjuran Komik KAWAN. Masa tu siap masuk dalam surat khabar. Tajuk news tu tulis "Haziq & Fatin Johan Mewarna". Haziq tu johan tahap dua dan aku masa tu baru darjah3, tahap satu. Memang sampai hancur la keratan news tu aku bawak ke hulu ke hilir -.- Sampai sekarang aku tak jumpa lagi keratan tu. Dah lunyai dan hilang. TT_TT



Olahraga

Masa sekolah rendah memang rajin datang latihan sukan plus masuk acara sukan. Tapi bila dah masuk sekolah menengah, merentas desa pun tak nak masuk dah. n__n



Sijil PAFA

Nomnomnom :') Ada sesiapa nak buat menantu tak? :P


UPSR 2004

Masa ni tak ada benda lain yg aku fikir, aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat tengok air mata Ibu. Abah pun sama :') Jantung aku hampir luruh jugak masa ni sebab nama aku nama yg terakhir disebut dapat 5A. Fuhhhhh. O.O Cuba korang bayangkan, cikgu sebut berapa ramai yg dapat straight A's dan aku masa tu kira seorang demi seorang yg naik pentas. Dan paling tak boleh blah, aku tersalah kira!! Aku kira kurang seorang. Dan masa tu kawan-kawan aku (geng kelas) semua dah naik pentas, keliling aku dah takde sesiapa. Boleh bayang perasaan keciwa aku tahap apa dah?


Mesti ramai kata zaman UPSR dulu tak penting sangat ,lagipun masa tu budak-budak lagi yg fikir nak main je. Tapi aku sama sekali tak. Sebab aku berusaha betul-betul. Saban hari aku dekat sekolah sebab aku pergi tusyen. Sampai kan kadang-kadang aku ponteng kelas agama waktu petang. Malam pulak aku pergi kelas mengaji bersilih hari dengan kelas tambahan. Aku bangun 2,3 pagi semata-mata nak siapkan latihan math. Memang masa tu struggle habis-habisan dan usaha itu sangat setimpal. Syukur. :')





Kalam Jamaie SMKA/KAA peringkat Negeri
*choral speaking dlm bahasa Arab*


Sukan Memanah peringkat Daerah & Peringkat Negeri

Dua gambar atas ni life aku study dekat SMK Agama Slim River. Bermula lah kehidupan di asrama. Life aku mula berubah. Masa dekat sekolah agama, aku jadi agak pasif. Kalau nak naik pentas ambil hadiah pun, sebab masuk pertandingan melukis/potret/banner. Haaa, tu je la yg aku nak involve pun. Masa tingkatan dua (2), barulah aku mula aktif masuk sukan memanah sampai peringkat Negeri. Tu pun semuanya kira nasib & rezeki Allah :) Jauh dari sudut hati ,memang rindu sangat-sangat nak memanah. Alhamdulillah diberi peluang menimba ilmu dalam sukan memanah sunnah Rasulullah shallallahu'alaihi wassalam.




Disini bermula lah life aku dekat sekolah baru. Aku berpindah sekolah masa tingkatan 4. Kenapa pindah? Sebab aku tak boleh go on dan ikut lah keputusan ibu bapa aku. Walau berat sangat hati ni nak pindah ,nak tinggalkan kawan-II yg terbaik dalam hidup aku, ukhwah yg paling hebat dlm hidup aku, nak tinggalkan kenangan asrama tidur sekatil ,tidur sebantal, tapi keputusan ni mungkin yg terbaik. Rindu mereka :'(

Masa ni life aku slow slow berubah daripada seorang yg pasif, terus jadi aktif. Dekat sekolah baru ni, Allah bagi peluang aku merasai kehidupan yg baru, jumpa kawan baru. Bermula lah kehidupan aku sebagai seorang pengawas yg disenangi. *perasan! okbai* Masa tingkatan 5, aku terpilih dalam Majlis Tertinggi Pengawas (MT). Banyak jawatan lain aku pegang termasuk lah pengerusi Kelab, Naib Setiausaha Persatuan n etc.



Pertandingan Bahas Ala Parlimen

Tiba-tiba pulak, aku terpilih mewakili sekolah dalam Pertandingan Bahas. Tapi memang aku sendiri yg pergi sesi pemilihan. Cuba bayangkan seorang yg pendiam dan agak pasif, tiba-tiba masuk bahas (!) Sampai sekarang aku tak percaya. huehuehue! Rasa nak makeup tebal hempat puloh hinci, uols. Selain bahas, aku cuba masuk puisi & lagu, speech, dan pantun peringkat sekolah.

Sijil Nilam

Membaca itu amalan mulia :P 


Pertandingan Menulis Khat

Dua kali ustazah hantar nama aku. Mencuba nasib je. hehehe >.< Tapi alhamdulillah sepanjang tempoh sebelum bertanding, aku dapat belajar macam-macam jenis tulisan khat. Sampai sekarang simpan lagi jenis-jenis pen khat. Ilmu tu penting!



Perkhemahan KRS & NGO Peringkat Negeri

Kalau tak silap aku, tarikh kem ni bertindih dengan perlawanan Bowling Padang. Masa ni memang tak tahu nak pergi yg mana satu. At last, aku pilih kem dan terpaksa tarik diri daripada Bowling Padang.



Perkhemahan KRS & NGO Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa-Thailand.

Alhamdulillah, pilihan aku tepat! Akhirnya aku terpilih mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan.Pengalaman terhebat dalam hidup aku. Berkumpul semua negeri dalam satu kem selama seminggu, malam kebudayaan tiga hari berturut-turut yg sangat ohsem, kenalan yg sangat gempak dari pelbagai negeri termasuk Sabah, Sarawak & Thailand, tertelan air tasik yg penuh rumpai-rumpai hijau waktu berkayak, flying folk yg sangat gayat, semangat sepasukan negeri Perak yg kecoh dan riuh, haih semua ada lah. Rindu kenalan kem :(


Naib Johan Melakar Busana Muslimah Hari Puteri

Masa ni kena design baju untuk Muslimah & kena buat presentation. Huehue. Aku lukis baju jubah-dress yg berkonsepkan bunga ros merah. Masa present tu, dapat la merasa macam designer kejap :p


Sijil Puteri Bongsu & Puteri Kecil


Tokoh PPIM 2008/2009

Alhamdulillah. Tak sangka boleh dapat Tokoh PPIM 2008/2009 :') Seriusly, sebab cikgu kata tahun-tahun sebelum ni, tak pernah buat lagi anugerah macam ini. Masa penyampaian sijil ni pulak aku tak dapat datang *frust sangat* sebab aku attend kem dekat Kelantan. Walaupun muka dah burn dan badan sangat-sangat letih masa tu, tapi terharu sangat-sangat sebab ni satu penghargaan yg besar dalam hidup aku. sobsobss.


Sijil Cemerlang (Emas) Kokurikulum

Anugerah ni aku dapat masa Hari Anugerah sekolah :') Tak sangka nama terpilih dapat sijil Emas. Sijil Emas ni akan dianugerahkan kepada student yg dapat pencapaian tertinggi dalam kokurikulum. Selain tu, setiap student juga disarungkan jaket yg dah ditempah khas siap ada jahit nama masing-masing. Kembang kencut aku berdiri lama-lama atas pentas tu tunggu diorang sarungkan jaket. Nebesss jugak lah ^__^"


Pelajar Terbaik SPM 2009 (Seni Visual)

Penghargaan terakhir yg aku terima daripada pihak sekolah. :') Rasa malu pun ada nak naik pentas semata-mata terbaik dalam subjek Seni. kuikuikui. Tapi bangga jugak la dapat jemputan majlis anugerah. :P Subjek ni hanya aku seorang je student Science yg ambil sebagai subjek tambahan dan hanya aku seorang yg dapat A subjek ni dalam SPM. So,haruslah aku yg naik pentas. *kembang hidung* Mesti student LK semua nak tembak guwa. XD



Entry ni aku ambil masa dua-tiga hari nak siapkan. Tolong hargai saya! :P Disebabkan dah lama tak cerita panjang-panjang dekat blog ni, harini aku dah siapkan satu entry khas kisah aku daripada zaman tadika sampai kisah habis sekolah. Ha, tudiaaahhh. Itu jelah aku dapat share. Semoga ada sedikit pengisian yg bermakna walaupun rasa macam takde. Hiks ^o^



KALAU SUKA, KLIK LIKE.


8 comments:

Norain Hana Badarudin said...

byknye sijil:)

Ikhmal Yusoff said...

student berjaya ni..semoga lebih banyak kejayaan bila sambung belajar nnt..hehe :)

Razil Tahir said...

tahniah!!
Banyaknya pencapaian time skolah...
nanti masuk Uni, you're definitely gonna miss school days...
Frankly!! XD
hahahaha

Ulya said...

wahhh . terpesona ulya membaca entry ni ! :)

dn rase jeles3 pun ade .
nak tunjukk jugak sijil2 ulya !*takmau kalah*

Tddmka™ said...

Wuahh, aktif sangat ya masa sekolah dulu. Senang la pasni nak cari kerja. Hekhek. Semoga sentiasa berjaya la ye lepas ni. Ang takde ke sijil 'Berjalan Untuk Negara' sempena Komanwel 98 dulu? Hakhak

adibahfaizah said...

waw. waw, bnyknyr, aktifnyer,,cemerlangnyer !! hehe

tabik lah . terer memanah..kita bljr men 2 tahun je. pastu tumbang. tak lrt nk men skn ni. haha

Lizzie Yasmin said...

Budak bijak nie. Tapi percaya lar, bila dah kerja sijil2 nie mcm tak guna pun. Tapi as supporter je. Bukan sijil penting, tp pengalaman masuk semua tue yang berharga. Sebab bawak kita pada satu personality baru.

Harmi Mohammad Jamil said...

Dijemput pasukan bahas sekolah Saudari untuk menyertai program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2013 pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di IPGKPI, Bangi, Selangor.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari http://belajardebat.blogspot.com

Terima kasih.