Rasa hati.

As salam n hie :)


Betul. Ni entry kedua aku untuk harini. Tiba-tiba rasa nak tulis sesuatu untuk melegakan hati. Dalam hati kita bergembira pasti kita tak sedar dah melukakan hati seseorang, dua orang ,tiga orang, atau lebih daripada itu. Life is complex. Bukan semua orang kita dapat puaskan hati mereka. Tapi aku sentiasa mencuba. Dalam aku mencuba, aku tahu itu tidak sempurna.

Harapan .Aku paling takut untuk memberi harapan dan juga menaruh harapan. Hidup aku sebagai blogger ohh tidak lah se gah blog lain tapi aku syukur punyai cara hidup sendiri. Dalam diam ada juga memerhati, menyukai dengan aktiviti aku ini. Terima kasih pembaca blog setia :') Aku hargai itu. Cuma aku tak bisa nak beri apa-2 untuk orang lain miliki. Kerna memang aku didik diri aku sebegini. Manis kata kepada yang lebih tua, manis senyum kepada yang lebih muda. Adat hidup manusia mahu terbaik.

Namun, aku hargai semua itu. Menyayangi, mencintai semua itu fitrah manusia. Cuma aku perlukan waktu dan waktu itu hanya aku akan terima untuk yang bakal halal dalam hidup aku dan bukan lah untuk berfoya tumpang kasih semata. Engkau ngerti itu?

Aku sukakan persahabatan. Terima kasih sekali lagi kerna begitu setia :'). Terharu betul aku dengan orang-2 yang dihantar Allah swt untuk berdiri disamping aku. Untuk kau orang tahu, aku tak pernah bercinta dan aku takut untuk dicintai dan mencintai. Sikit pun aku takkan rela jika hati aku dimiliki insan yang salah.Aku hargai mereka yang hadir dalam hidup aku ,sempurnakan half of my life. Terima kasih juga yang kuatkan diri untuk berkata kepada orang tuaku tentang apa kau rasa itu. Pertemuan singkat tapi terpaut. Tak salah sesiapa. Sekali lagi, itu fitrah dan lumrah manusia. Aku hormati semua itu tapi janji Allah lebih terbaik. Aku juga percayakan Love after Marriage. As semua tahu, my inspiration is from Dena Bahrin, she is fully my inspiration. She had changed me a lot without she realised. Thank you, Dena.  My personality truely changed, insyaAllah. Dan juga perubahan itu suatu peluang dan hidayah Allah swt. Sekali lagi, maaf jika aku buat kau kecil hati.








A lot of love :)


KALAU SUKA, KLIK LIKE.

No comments: