Perangai

Hi & Assalamualaikum !

Tiba-tiba terlintas nak kongsi satu hal ini.
Pernah tak ada perangai yg tak dapat dielak dan kadang-kadang kita pun rimas dengan perangai kita tu ?

Contohnya aku. Perangai yg pertama, seorang yg jenis perisau.
Kadang-kadang benda tak penting pun nak risau. Dan risau aku tu tahap suka bermonolog sendiri. Satu situasi aku cuba kongsi.

Tadi aku nampak Si Dia ni muka takda mood. Lepas tu aku pun perhati lah. Muka Si Dia ni pula macam tengah sedih. Then, Si Dia ni pula tetibe tunjuk bad mood dengan menghempas-hempas barang. Si Dia ni akhirnya mendiamkan diri. Masa tu terus aku fikir & bermonolog sendiri ,"Aku ke yg buat dia sedih? Apa aku buat? Aku tersalah kata ke tadi?" Lebih kurang macam tu. Jenis perisau kalau terguris perasaan sesiapa tanpa disedari. Padehal kadang-kadang Si polan tu takde kaitan dengan aku pun. Haha !

Situasi lain adalah ketika tibanya masa result exam keluar. Bab risau dia tak payah cerita lah. Kalau kata result keluar pukul 10 pagi, masa tu jugak lah aku cek. Takde nak tangguh-tangguh dah. Ihiks! :P

Perangai yg kedua, jenis tak suka benda serabut.
Sampaikan wall facebook pun aku private kan. Penyakit apa entah.

Situasi lain, kalau tulisan aku tak kemas. Haa kes ni memang paling susah nak bendung. Sebab aku sanggup buat semula kerja tu kalau tulisan aku tak cantik atau tak kemas. Tapi sekarang ni mujur semuanya taip je. Hehehee

Perangai ketiga, suka mencatat.
Dalam beg aku mesti akan ada satu buku nota kecil. Dalam handphone pula, mesti penuh list barang nak beli/info yg dicatat dalam folder 'Notes' tu dan dekat dinding mesti akan ada sticky notes. Sekurang-kurangnya ada tempat reminder. Bukan pelupa tapi takut terlupa dan tak suka berharap dekat catatan orang lain je. Rasa tak puas hati.

Ok itu sahaja nak berkongsi. Maaf kalau entry tak bermotif. Sekadar menaip :)



Perangai yg latest dapat dikesan.

Selca depan webcam. Posisi tak pernah berubah. Kbai.




KALAU SUKA, KLIK LIKE.