Kawan MUKA BUKU :)


Assalamualaikum :)


Alhamdulillah, semalam dengan izinNya, kawan yg hanya kenal di Muka Buku, kawan yg selama ni hanya kenal rupa melalui gambar dan kawan yg hanya sembang di IM facebook, tetapi semalam kami berjaya jumpa secara life. hikhiks :DD Perasaan eksaited terlampau memang tak dapat digambarkan. Sehari sebelum jumpa, aku dah kasitahu awal-II dekat Qyla ni yg aku ni agak segan dgn strangers. Mungkin lah. Aku pun tak dapat predict sebab ni first time aku nak jumpa kawan Muka Buku. Puih, habis hilang macho tau. Hiks >.< 


Selalunya dalam Facebook potpetpotpet sembang, tetapi secara realiti, Allah saja yg tahu. Heeee! Nak buat macam mana kan, sifat pemalu aku ni memang setinggi Gunung Vesta mengalahkan Gunung Everest uols .*sila search google*. Tapi aku boleh je buat-buat Cool demi nak jumpa kawan Muka Buku aku sorang ni. Ala, watlek sudah la pateengg. (-.-)v





So, masa awal-awal nak minta izin ibu nak keluar jumpa si Qyla ni, aku pun macam konfius tak tahu nak kasitahu ibu nak jumpa kawan yg mana satu. Selalunya setiap orang yg aku kenal, ibu mesti kenal jugak, mahupun lelaki atau pun perempuan. Anak yg baik tak? :P Jadi, masa tu aku macam rasa pelik jugak lah nak sebut Kawan Facebook. Hihihi. At last, aku sebut juga kawan Facebook dan cepat-cepat sebut 'Kawan perempuan.' ^^"


Memandangkan Mydin Meru yg terbaru tu dekat dengan rumah aku, si Qyla ni suruh aku tunjuk jalan ke Mydin. Setelah banyak dugaan si Qyla ni tempuh sebelum nak sampai rumah aku, akhirnya kami berjaya berborak, lepak, makan, gelak tawa, dan bergambar sepuas-puasnya dalam Marrybrown. :') Lagi satu yg bestnya, dua-dua camwhore. Gila lensa! :) Jadi ,memang banyak masa dihabiskan untuk bergambar dan bergambar. Perangai & interest pun lebih kurang sama, uols. 




Qyla: Nasib baik tak pakai tudung bawal purple macam ni tadi. Baru nak pakai. Kalau tak, dah sama dah.--"
Me: Nasib baik tak pakai lense macam ni tadi, kalau tak, lg sama! :DD


Nampak tak chemistry di situ? Kami banyak borak pasal kos masing-masing. Ni baru namanya perbualan yg berkualiti. :P Banyak juga pengalaman sebagai student Archi ,Qyla cuba kongsikan dengan aku. Aku bertambah minat nak dengar sebab arkitek salah satu cita-cita yg aku idam dulu (n_n) Walau camne pun, aku dah kena get ready for mental preparation nak sambung degree dekat Kelantan nanti.  ^_^v

Sebelum Qyla teruskan perjalanan ke Sri Iskandar, aku ajak Qyla jumpa ibu aku dulu. Aku lebih selesa kalau ibu jumpa dan kenal sendiri dengan kawan-kawan aku. Alhamdulillah, kami dah berjaya melebarkan satu pertalian persahabatan yg baru walaupun perkenalan kami hanya di Muka Buku. :') Boleh buat lagu macam Najwa Latif ,tak? LOL.





Eh cop! Ramai orang komen gambar kami dekat facebook dan majoriti kata kami ni kembar sebab muka hampir sama. Eh, iye eh? Hahahaha. Jadi, aku nak tukar caption "Kembar Muka Buku". Heks. :DD


Thanks Allah, for the pretty day!





KALAU SUKA, KLIK LIKE.


11 comments:

Ulya said...

muka sama laa kak pateengg .

hihi ^^

farhana said...

eh kwn awk mcm versi mke fatin liyana skit2 la . huhu

Ulya said...

tulang pipi sama2 naik . cuns lha !

memang sama >.<

Bulan Syurga Firdausi said...

:) semoga Allah terus pelihara kamu berdua insyaAllah...

❤~Emma Abduh~❤ said...

yup,,ble la hampir sma muka....hihi

adibahfaizah said...

Naseb baek tulis kawan kat tajuk tuh...kalau tak ingat kan adek bradek. ohmai.haha

~uǝǝʇɐɟ said...

Ulya: Tulang pipi yg mahal tu >.<

hihi ,thank you! :DD

capik said...

mentang2 mydin dekat.
ke mydin memanjang. ;p
btw semoga berkekalan persahabatan korg. ;)

hazanis said...

aah muka lebih kurang sama lah..:)
dua-dua comel...^^

~uǝǝʇɐɟ said...

hazanis: kan? thank you :) sama mcm awk & kembar fb awk, dua2 cunnn!

Duckface said...

mmg cam kembar pun. hahaha. klo pki tdung kaler same , habeslaaaa takleh cam. eh jap. lgu blog ni my fevretttttt sgttttt