Bila maut memanggil



 'Kau orang miskin,si busuk! Hanya tahu meminta...!!' herdik orang kaya yang berdiri megah dihadapan banglo mewahnya.Zalim sungguh orang miskin itu dihalau dari banglo besar itu.Terbongkok-bongkok si tua mengutip wang syiling yang bertaburan.Sedikit pon tiada rasa simpati.Lalu ditolak-tolak dengan kaki tanda menghalaunya pergi.Pada hakikat,hanya berbekalkan beberapa keping syiling itu sahaja,si tua mencari rezeki.Pakaiannya lusuh seperti tidak pernah berganti.Air mata si tua tidak pernah kering mengalir di pipi.

Amatlah zalim si anak perlakukan sebegitu kejam kepada bapa kandungnya.Memiliki harta yang bukan menjanjikan ke syurga.Memiliki kemewahan yang tak menjanjikan kebahagiaan yang hakiki.Kasih yang kudus daripada si bapa tidak lansung di endah,lagi diherdik bagai si keldai.Berkat doa insan teraniaya,lenyaplah segala kemewahan yang dimiliki.Mimpi di alam ghaib menyedarkannya.Kedengaran suara halus yang menangis.Suara di alam barzakh yang tidak henti-henti soalkan siapakah Tuhanmu? Kelu lidah tak terkata. Badan panas terasa disiat-siat. Alunan yasiin sayup-sayup kedengaran. Dimanakah aku? Terkujur badan berkain putih dihadapan ramai. Terasa ingin bangun dan bertaubat,tapi apakan daya.Badan lemah dirajai ulat-ulat busuk sehingga tiada yang sanggup mendekati.Muntah yang xhenti-henti mengalir berbaukan bangkai.Ingin lepaskan diri dari balutan kapan itu tapi dayakah???

Lalu datanglah Malaikat Izrail datang memanggil.Ya Allah....Ampunilah dosaku.Tak sanggup aku melangkah ke penggalian sebegini rupa..Bau yang busuk diiringi ulat.Ya Allah..kubur juga tidak sanggup menerimaku?Lubang menjadi sempit.Mengeluh si penggali berkali-kali mencuba.Kenapa kematianku menyeksa ramai? Ya Allah.Segalanya terlambat.Lalu tersedar si anak yang sudah lama terlantar di hadapan orang ramai yang xhenti-henti membaca yasin.Terbeliak mata.Namun tidak sempat si anak memohon kemaafan.Tersedar dan melihat disisinya,ayah yang sedang nazak lalu menghembuskan nafas terakhir.Ayah....!!! Jeritan dan tangisan yang tidak kedengaran lalu nyawa dicabut.
Kita yg bergelar manusia tidak pernah lari drpd melakukan kesilapan.Sesiapa yg tidak mengaku hakikat ini adalah org yg jahil tentang dirinya sendiri. Renunglah firman Allah swt yg bermaksud:" Wahai manusia!kamu ni fakir dan berhajat dengan Aku". Siapa kita utk merasa hebat dgn Allah swt yg mencipta diri kita dari setitis air yg tiada nilai pun.Bila sudah berilmu, pandai,dan sempurna fizikal,mula megah menjadi org yg tdk bersyukur dan lebih malang lagi menjadi penentang agama Allah yg begitu nyata iaitu tidak mengamalkan ajaran-Nya.Kita sepatutnya tidak lupa walau sesaat pun hati kita terhadap Allah yg mencipta diri kita. Namun, apakan daya..manusia memang bersifat lalai dan leka.

P/S~Hargailah kedua ibu bapa.Hormatilah dan korbanlah demi mereka selagi mereka bernyawa di atas bumi yang nyata ini.


No comments: